CERITA KU VILMA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
wrwbth,
Rimbunan Dahan Indah Kehijauan,
Merpati Terbang Hinggap Keletihan,
Salam Perkenalan Tanda Persaudaraan,
Bersilaturrahimlah Kita Tanda Kesyukuran,
41 tahun dahulu
lahirlah seorang bayi perempuan di hospital Duchess Of Kent Sandakan Sabah dan
diberi nama Vilma Juanita Advincula. Setelah sekian lama bayi itu membesar
dengan penuh kasih saying oleh kedua orang tuanya di sebelah bapa berketurunan
sepanyol dan disebelah ibunya berketurunan cina.
20 tahun dahulu bayi
yang semakin membesar itu telah menjadi matang dan dengan takdir Allah SWT
berjumpa dengan seorang jejaka dan bermulalah cerita cinta antara wanita yang
sedang meningkat kematangannya dengan pemuda tersebut. Allah telah membuka hati
wanita tersebut untuk memeluk islam dan telah berkahwin dengan pemuda pilihan
hati untuk menjadi teman halal sehidup sematinya disisi Allah SWT.
Itulah saya Nur’Izzati
binti Abdullah, kini kami sekeluarga tinggal di Melaka dan mempunyai anak seramai
5 orang. Saya mempunyai kulit muka yang extra sensitive. Saya tidak boleh
memakai sebarang skin care yang mengandungi bahan kimia. Satu ketika dahulu
saya telah membeli satu set skin care dan memakainya untuk kelihatan cantik,
setelah menggunakannya untuk pertama kali muka saya bertukar warna merah dan
membengkak serta terasa panas, sakit dan perit seperti dihiris hiris. Kemudian
kulit muka saya mengelupas dengan teruknya.
Kesakitan itu berlarutan melebihi dua minggu.
Bukan sekadar satu
jenis skin care yang saya telah cuba malah berbelas jenis dari yang murah
sehingga yang mahal tetapi tiada satu pun yang sesuai dengan kulit saya.
Sehinggalah pada suatu hujung minggu sepupu saya dari Sabah telah melawat saya
di Melaka. Beliau telah memperkenalkan saya dengan makanan rumpai laut iaitu
makanan tradisi suku Bajau. Setelah mengamalkannya dalam masa sebulan tahap
kesihatan saya mulai meningkat dan yang peliknya kulit saya menjadi semakin
anjal, halus dan gebu. Saya juga mengambil inisiatif menggunakan jeli rumpai
laut yang telah saya masak sebagai masker. Hasilnya wajah saya menjadi semakin
halus, gebu dan cerah. Saya juga dapati tiada alahan yang terjadi ke atas muka
saya walaupun saya mengamalkannya setiap hari. Tetapi jeli buatan tangan saya
ini tidak boleh digunakan sepanjang hari atau untuk ketempat kerja atau
menghadiri majlis majlis keramaian.
Rintitan dari masalah
tersebut saya bercadang untuk mengeluarkan produk skin care daripada rumpai
laut ini dan boleh membantu ramai wanita mempunyai masalah yang sama seperti
saya. Saya telah mencuba beberapa makmal kosmetik di negara ini, malangnya
tiada satu pun yang bersetuju untuk membuat kajian mengenai rumpai laut. Suatu
hari saya mengheret suami saya berjumpa dengan pegawai Sirim Berhad dan akhirnya
pencarian saya telah tercapai kerana pihak Sirim Berhad ketika itu sedang
membuat kajian mengenai ekstrak rumpai laut untuk dijadikan bahan asas
kosmetik. Maka bermulalah kolaborasi saya bersama Sirim Berhad serta
terhasillah produk skin care berjenama Vilma.
No comments:
Post a Comment